Thursday, January 12, 2012

jumaat yang ditunggu-tunggu

Setiap kali hari jumaat, mood mesti jadi lain. Lebih segar, lebih ceria, lebih hepi,lebih seronok dan macam-macam lagi. Mungkin sebab jumaat hari yang dirasakan cukup pendek. Baru masuk opis, duduk sekejap dah kul 12. Keluar makan, duduk sekejap dah solat jumaat. Baru je terlelap semasa start khutbah(contoh yg tak elok), dah orang iqamah. Then sekejap je dah masuk balik opis. Bukak pc layan FB jap dah pukul 5. Masa untuk pulang. Begitulah rutin hari jumaat. Kalau dikampung aku, hari jumaat adalah hari paling meriah. Satunya pagi jumaat, hampir seluruk rakyat kelantan akan berkumpul di pusat bandar kota bharu untuk menonton konsert (tazkirah pagi jumaat) ayahanda tuk guru nik aziz. Aku macam biasa lah tak pernah join tapi keinginan tu ada. Biasanya pagi jumaat aku akan ke pasar tani dekat rumah aku. Meriah wooo....Biasanya sekali pergi habis dalam seratus ringgit. ...apa nak buat hujung minggu ni? sungai congkak bakal menanti....

No comments:

Post a Comment