Thursday, January 12, 2012

'AUJ BIN UNUQ DIBINASAKAN OLEH BURUNG HUD-HUD


'Auj bin Unuq adalah manusia yang berumur sehingga 4,500 tahun. Tinggi tubuh badannya di waktu berdiri adalah seperti ketinggian air yang dapat menenggelamkan negeri pada zaman Nabi Nuh a.s. Ketinggian air tersebut tidak dapat melebihi lututnya. Ada yang mengatakan bahawa dia tinggal di gunung. Apabila dia merasa lapar, dia akan menghulurkan tangannya ke dasar laut untuk menangkap ikan kemudian memanggangnya dengan panas matahari. Apabila dia marah atas sesebuah negeri, maka dia akan mengencingi negeri tersebut hinggalah penduduk negeri itu tenggelam di dalam air kencingnya.

Apabila Nabi Musa bersama kaumnya tersesat di kebun teh, maka 'Auj bermaksud untuk membinasakan Nabi Musa bersama kaumnya itu. Kemudian 'Auj datang untuk memeriksa tempat kediaman askar Nabi Musa a.s., maka dia mendapati beberapa tempat kediaman askar Nabi Musa itu tidak jauh dari tempatnya. Kemudian dia mencabut gunung-gunung yang ada di sekitarnya dan diletakkan di atas kepalanya supaya mudah untuk dicampakkan kepada askar-askar Nabi Musa a.s.
Sebelum sempat 'Auj mencampakkan gunung-gunung yang diunjung di atas kepalanya kepada askar Nabi Musa a.s, Allah s.w.t. telah mengutuskan burung hud-hud dengan membawa batu berlian dan meletakkannya di atas gunung yang dijunjung oleh 'Auj. Dengan kekuasaan Allah s.w.t., berlian tersebut menembusi gunung yang dijunjung oleh 'Auj sehinggalah sampai ke tengkuknya. 'Auj tidak sanggup menghilangkan berlian itu, akhirnya 'Auj binasa disebabkan batu berlian itu.

Dikatakan bahawa ketinggian Nabi Musa a.s adalah empat puluh hasta dan panjang tongkatnya juga empat puluh hasta dan memukulkan tongkatnya kepada 'Auj tepat mengenai mata dan kakinya. Ketika itu jatuhlah 'Auj dengan kehendak Allah s.w.t. dan akhirnya tidak dapat lari daripada kematian sekalipun badannya tinggi serta memiliki kekuatan yang hebat.

jumaat yang ditunggu-tunggu

Setiap kali hari jumaat, mood mesti jadi lain. Lebih segar, lebih ceria, lebih hepi,lebih seronok dan macam-macam lagi. Mungkin sebab jumaat hari yang dirasakan cukup pendek. Baru masuk opis, duduk sekejap dah kul 12. Keluar makan, duduk sekejap dah solat jumaat. Baru je terlelap semasa start khutbah(contoh yg tak elok), dah orang iqamah. Then sekejap je dah masuk balik opis. Bukak pc layan FB jap dah pukul 5. Masa untuk pulang. Begitulah rutin hari jumaat. Kalau dikampung aku, hari jumaat adalah hari paling meriah. Satunya pagi jumaat, hampir seluruk rakyat kelantan akan berkumpul di pusat bandar kota bharu untuk menonton konsert (tazkirah pagi jumaat) ayahanda tuk guru nik aziz. Aku macam biasa lah tak pernah join tapi keinginan tu ada. Biasanya pagi jumaat aku akan ke pasar tani dekat rumah aku. Meriah wooo....Biasanya sekali pergi habis dalam seratus ringgit. ...apa nak buat hujung minggu ni? sungai congkak bakal menanti....

Wednesday, January 11, 2012

a peaceful day of today

Selepas mengharungi beberapa minggu yang sibuk dengan first stage evaluation for my phd, baru hari ni rasa lega dan sedikit udara segar boleh masuk keparu-paru aku ni. Sebenarnya, jika kita mengurus diri dengan baik dan belajar menghargai masa yang ada, kehidupan kita akan jadi bertambah baik. Tapi disebabkan suka berlengah dan menangguh kerja, satu apa pun tak boleh. Last minit kerja memang terrible. Sedikit pengajaran for me, be prepared. So untuk hari nie boleh la aku ikut sedikit perkembangan dunia. Kes dato seri anwar, kes hassan ali dipecat dari PAS, kes gempa bumi di indonesia, kes dato' chong wei menang keatas lin dan( first time aku tgk lin dan begitu frust dengan kekalahan dan berputus asa) dan yang paling penting this week we have jump shonnen. That mean naruto, one piece dan bleach dah kembali.yuhuuu..boleh jugak aku tgk camana naruto lepaskan 4 tails, camana keadaan di new world dan apa jadi kat ichigo lepas lawan ngan ginjo...